[ ]

 

PERTUKARAN CARA BAYARAN PENCEN

Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PERTUKARAN CARA BAYARAN PENCEN DARI SKIM B (PESARA PERLU HADIR KE BANK) KEPADA SKIM A (PENGKREDITAN AUTOMATIK KE BANK)

Dengan hormatnya saya diarah merujuk  kepada perkara di atas.

2.  Sepertimana Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan sedia maklum bahawa pembayaran pencen kepada Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan ketika ini adalah mengikut cara bayar Skim B di mana   Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan atau wakil mesti hadir ke bank setiap bulan untuk menandatangani borang tuntutan sebelum bayaran boleh dikreditkan ke dalam akaun. Keperluan ini adalah kerana Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah penerima pencen tunggal iaitu tiada pihak lain yang akan menerima pencen terbitan selepas ini.

 3.  Walau bagaimanapun mulai tahun ini, Jabatan ini akan memberi opsyen kepada semua pesara dan penerima pencen yang sedang dibayar di bawah Skim B untuk menukar kepada cara bayaran pencen di bawah Skim A dengan syarat pesara dan penerima pencen berkenaan bersetuju untuk melantik seorang WAKIL. Tanggungjawab utama wakil adalah untuk memaklumkan Bahagian Pasca Perkhidmatan dengan segera apabila pesara atau penerima pencen meninggal dunia atau hilang kelayakan di bawah Undang-undang Pencen (kerana dipenjarakan atau diisytiharkan bankrap).

4.  Untuk makluman Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan pembayaran pencen melalui Skim A buat masa ini memerlukan pesara atau penerima pencen mempunyai Akaun Perseorangan. Syarat-syarat lain serta tanggungjawab wakil adalah seperti di Lampiran A

5.  Dengan pelantikan wakil ini, Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan akan dibayar pencen di bawah Skim A. Kelulusan ini akan berkuat kuasa sehingga wakil tersebut hilang kelayakan atau wakil meninggal dunia atau Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan ingin melantik wakil baru. Tarikh kuatkuasa pembayaran pencen melalui Skim A akan dimaklumkan secara bertulis oleh Jabatan ini.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,
 

(DATUK TEO KHIAN HOW)

Pengarah
Bahagian Pencen
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
MALAYSIA

- Syarat syarat Menjadi Seorang Wakil Diri
- Borang Permohonan Perlantikan Wakil Skim A