SYARAT-SYARAT MENJADI SEORANG WAKIL DI BAWAH CARA
PEMBAYARAN PENCEN SKIM A DAN TANGGUNGJAWAB WAKIL
1. Syarat-syarat Umum
1.1
Berumur 21 tahun dan ke atas;
1.2
Mestilah seorang warga negara Malaysia; dan
1.3
Mestilah bermastautin di suatu alamat di
Malaysia.
2. Tanggungjawab Wakil
2.1
Memaklumkan kepada Bahagian Pasca
Perkhidmatan dengan segera apabila pesara atau penerima
pencen meninggal dunia atau hilang kelayakan bawah
Undang-undang Pencen yang berkuat kuasa;
2.2
Membayar balik pencen yang terlebih bayar
akibat daripada kegagalan wakil memberi maklumat kepada
Bahagian Pasca Perkhidmatan mengenai kematian penerima
pencen tunggal dalam masa tujuh hari dari tarikh kematian;
dan
2.3
Memaklumkan sebarang perubahan alamat dan
nombor telefon atau lain-lain maklumat berkaitan pesara,
penerima atau wakil kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan
3. Pembatalan Pelantikan Sebagai Wakil
Pelantikan sebagai wakil akan terbatal
sekiranya:-
3.1
Pesara atau penerima pencen:-
3.1.1
melantik wakil baru; atau
3.1.2
meninggal dunia; atau
3.1.3
hilang kelayakan menerima
pencen di bawah Undang-undang pencen (kerana dipenjarakan
atau diisytihar bankrap)
3.2
Wakil hilang taraf kewarganegaraan
3.3
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhak
untuk membatalkan pelantikan wakil dan meminta pelantikan
wakil baru sekiranya wakil asal tidak dapat dihubungi oleh
Jabatan ini di alamat dan nombor telefon yang diberi
sepanjang pemantauan pembayaran Skim A ini dari semasa ke
semasa.
3.4
Pembayaran melalui Skim A ini akan
terbatal sekiranya syarat-syarat pelantikan tidak dipatuhi
di mana cara bayaran pencen Y.Bhg. Tan Sri/Puan
Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan akan ditukar semula kepada
Skim B.
Untuk paparan terbaik, sila gunakan
Internet Explorer 6.0 dan ke atas dengan resolusi skrin komputer 1024
× 768 pixel Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pasca
Perkhdimatan, Aras 2-5, Blok C2, Kompleks C, Kompleks Kerajaan Persekutuan, 62510
Putrajaya, Malaysia,
Tel : 603 8885 4906 / 4475 / 4477 / 4478 Faks : 03 8889 2193