PENGENALAN
Sistem POWER (Pensions Online
Workflow EnviRonment) adalah satu sistem maklumat
pencen bersepadu yang telah dihasilkan dari Projek Memodenkan Sistem
Pentadbiran Pencen. Ia merangkumi setiap aspek pentadbiran pencen
iaitu prosesan, kelulusan, bayaran, perakaunan serta penguatkuasaan
undang-undang dan peraturan-peraturan pencen, supaya hanya mereka yang
berkelayakan sahaja menerima faedah persaraan atau faedah terbitan
dalam amaun yang tepat mengikut jadual bayaran yang telah ditetapkan.
Sistem tersebut telah dilaksanakan secara berperingkat mulai dari
Julai 2003 dan pada bulan Oktober 2004 telah digunakan sepenuhnya oleh
semua pegawai dan kakitangan Bahagian Pencen untuk melaksanakan urusan
harian masing-masing.
OBJEKTIF SISTEM POWER
Empat objektif Sistem POWER adalah
untuk memastikan bahawa:
-
pencen permulaan boleh dibayar dalam tempoh sebulan dari tarikh
kelayakan;
-
ganjaran dan award wang tunai gantian cuti rehat (GCR) boleh
dibayar pada tarikh kelayakan;
-
pencen bulanan dapat dibayar tepat pada waktunya; dan
-
penyelarasan pencen boleh dibayar dalam tempoh sebulan dari
tarikh pekeliling kenaikan gaji yang berkenaan dikeluarkan.
APLIKASI SISTEM POWER
Sistem POWER mengandungi lima aplikasi utama, iaitu: