Petikan Ucapan Semasa
Majlis Anugerah Kualiti Sektor Awam (AKSA) 2008
di PICC, Putrajaya
pada 27 November
2008.
“Pertama, bagi membolehkan peluang bagi anggota sektor awam
mengambil skim pencen, kerajaan telah bersetuju supaya opsyen
semula diberi kepada semua anggota yang telah memilih Skim K.W.S.P.,
tempoh opsyen bermula daripada 1 Januari hingga 31 Januari
2009 dan tarikh kuatkuasa adalah pada 1 Februari 2009.
Kedua, kerajaan telah bersetuju
untuk memberi bayaran ex-gratia kepada ibubapa anggota
perkhidmatan awam bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan.
Keputusan ini mula berkuatkuasa pada 1
Januari 2009.”
Huraian
Huraian lanjut akan dijelaskan
dalam pekeliling perkhidmatan yang akan dikeluarkan pada Disember
2008 nanti.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan Setempat di talian
03-88854906 atau hubungi terus Pengarah Bahagian Pasca
Perkhidmatan di talian 03-88854004.
|