[ ]

 

SISTEM PEMBAYARAN PENCEN MELALUI BANK



Skim pembayaran pencen melalui bank boleh dibuat kepada pesara/penerima pencen terbitan yang menggunakan akaun simpanan/semasa/GIRO/Islamik dan dibuat melalui Skim A dan Skim B. Cara bayaran melalui Skim A dan Skim B ini adalah seperti berikut:-

SKIM A

1) Pembayaran pencen secara kredit terus ke dalam akaun bank pesara/penerima pencen terbitan.
2) Akaun bank yang digunakan adalah akaun Perseorangan sama ada Akaun Simpanan/Semasa/GIRO/Islamik
3) Cara pembayaran melalui Skim A terbahagi kepada dua iaitu;-

SKIM A

SKIM A BERWAKIL

Pesara yang perkahwinannya berlaku dalam perkhidmatan dan pasangan pesara masih hidup

Pesara/penerima pencen Skim B yang ingin menukar cara bayaran kepada Skim A

Perlu melantik seorang wakil bagi tujuan memaklumkan Bahagian Pasca Perkhidmatan dengan segera apabila pesara atau penerima pencen meninggal dunia atau hilang kelayakan di bawah Undang-undang Pencen

Pemohon perlu mengisi borang JPA.BP.SKP.B08 – Permohonan Pelantikan Wakil Skim A

SKIM B

1) Pesara/penerima pencen perlu membuat tuntutan di kaunter bank sebelum pencen tersebut dikreditkan ke dalam akaun bank pesara/penerima pencen tersebut.
2) Akaun bank yang digunakan adalah akaun perseorangan sama ada Akaun Simpanan/Semasa/GIRO/Islamik
3) Akaun bersama hanya dibenarkan kepada pesara/penerima pencen uzur atau penerima pencen yang di bawah umur
4) Cara pembayaran melalui Skim B terbahagi kepada dua iaitu;-

SKIM B

SKIM B & WAKIL DIRI

Pesara/penerima pencen tunggal (bujang/kematian pasangan)

Pesara yang perkahwinannya berlaku dalam persaraan

Pesara/penerima pencen Skim B yang uzur

Melantik seorang wakil bagi tujuan membuat tuntutan di kaunter bank

Wakil juga perlu memaklumkan Bahagian Pasca Perkhidmatan dengan segera apabila pesara atau penerima pencen meninggal dunia atau hilang kelayakan di bawah Undang-undang Pencen

Pemohon perlu mengisi borang JPA.BP.SKP.B07 – Pelantikan Wakil Diri Untuk Pesara / Penerima Pencen

SENARAI BANK YANG TERLIBAT DENGAN SISTEM PEMBAYARAN PENCEN MELALUI BANK

1.

Bank Muamalat (M) Berhad

2.

Malayan Banking Berhad (Maybank)

3.

Bank Simpanan Nasional

4.

Affin Bank Berhad

5.

CIMB Bank Berhad

6.

Bank Islam Malaysia Berhad

7.

Public Bank Berhad

8.

Alliance Bank Berhad

9.

RHB Bank Berhad

10.

HSBC Bank Malaysia Berhad

11.

Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia) Berhad

12.

Hong Leong Bank Berhad

13.

Agro Bank Berhad

14.

AmBank (M) Berhad (Skim A sahaja)

15.

United Overseas Bank (M) Berhad (Skim A sahaja)

16.

Standard Chartered Bank (M) Berhad (Skim A sahaja)

**Penggunaan akaun bank (Islamik) boleh digunakan untuk bayaran pencen bulanan melalui Skim A dan Skim B bagi semua bank yang tersenarai di atas.