PEMANSUHAN BAYARAN WAD KEPADA PEGAWAI DAN PESARA PERKHIDMATAN
AWAM
PEMANSUHAN
BAYARAN WAD KEPADA PEGAWAI DAN
PESARA
PERKHIDMATAN AWAM
Tarikh KuatKuasa: 1 April 2010
Kerajaan
telah memutuskan bahawa bayaran wad yang dikenakan kepada
pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam, ahli keluarga dan ibu bapa yang
sah semasa mendapatkan rawatan di hospital Kerajaan dimansuhkan.
Kelayakan
wad untuk pesara dan ahli keluarga adalah berdasarkan gred hakiki
terakhir pegawai sebelum bersara.
Jika
pegawai atau pesara Perkhidmatan Awam atau ahli keluarga atau ibu bapa
yang sah meminta untuk dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi
dari kelayakannya, maka pegawai atau pesara berkenaan akan dikehendaki
membayar bayaran wad mengikut kadar yang dikenakan kepada orang
awam. Pegawai dan pesara juga dikehendaki membayar deposit
sebelum dimasukkan ke wad yang lebih tinggi mengikut kadar yang
ditetapkan.
Soalan Lazim
Adakah pemansuhan ini termasuk yuran pendaftaran
(registration fee) ? Ya. Dengan syarat pesara mengemukakan kad pesara atau surat
jaminan (guarantee letter).
Bagaimana
dengan kedudukan isteri yang dikahwini semasa dalam persaraan yang
tiada Kad Pesara?
Isteri berkenaan boleh mengemukakan GuaranteeLetter.
Adakah
kemudahan ini merangkumi ibu dan bapa kepada pesara? Tidak. Perenggan 7 (vi) dalam Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 21 Tahun 2009 menjelaskan bahawa pemberian kemudahan
perubatan kepada ibu bapa yang sah adalah dibenarkan selagi seseorang
pegawai masih di dalam perkhidmatan Kerajaan sahaja
Bolehkah
seorang pesara kerajaan masuk ke wad yang lebih tinggi dari
kelayakannya tanpa bayaran ad jika pesara itu menggunakan kelayakan
anaknya sebagai pegawai kerajaan? Boleh. Perenggan 7 (viii) dalam Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 21 Tahun 2009 menetapkan ibu bapa yang sah yang terdiri
daripada pesara Kerajaan boleh memilih untuk menggunakan
kemudahan rawatan perubatan mengikut kelayakan sebagai seorang
pesara atau menggunakan kelayakan pegawai.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pusat Panggilan Setempat Bahagian
Pasca Perkhidmatan di talian 03-8885 4906.
Untuk paparan terbaik, sila gunakan
Internet Explorer 6.0 dan ke atas dengan resolusi skrin komputer 1024 × 768
pixel
Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Aras 2-5, Blok C2,
Kompleks C, Kompleks Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya, Malaysia,
Tel : 603 8885 4906 / 4475 / 4477 / 4478