Rujukan : JPA/PEN(R)256/6/3 (29 )
Tarikh : 25
Januari 2012
Edaran Kepada Semua
Kementerian/Jabatan/Agensi Sektor Awam
Tuan,
MOHON MAKLUMAT / DATA OPSYEN UMUR PERSARAAN PAKSA/WAJIB DI BAWAH SKIM SBPA
(LAMPIRAN A), DATA BAKAL PESARA BAGI TAHUN 2012 (LAMPIRAN B) DAN
DATA BAKAL PESARA BAGI TAHUN 2013 (LAMPIRAN C)
Dengan hormatnya sukacitanya saya menarik perhatian tuan mengenai
perkara di atas dan
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011/ Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2011/ Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 13 Tahun 2011/ Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun
2011 yang telah berkuatkuasa mulai
1.1.2012 dan Seksyen 10 Akta Pencen 227 / 239 (1980)
adalah juga dirujuk.
2. Jabatan ini (Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA) sedang
mengumpul maklum balas data pilihan umur persaraan
wajib (55/56/58/60 tahun) termasuk di bawah skim SBPA
yang dibuat oleh pegawai di Kementerian/Jabatan/Agensi tuan
mengikut gred jawatan bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan
Pengurusan dan Profesional (P&P)dan Kumpulan Pelaksana (Lampiran
A).
3. Manakala data bakal pesara bagi tahun 2012 (Lampiran
B) dan data bakal pesara bagi tahun 2013 (Lampiran C)
diperlukan oleh Jabatan ini adalah bagi maksud untuk merancang
tindakan mengurus pembayaran faedah persaraan tepat pada masanya.
Sekarang ini data dari sistem HRMIS kurang
up to date
dan mengalami sedikit masalah. Lampiran
D senarai kementerian/jabatan/agensi.
4. Semua maklum balas data (Lampiran ini) hendaklah
merangkumi agensi di bawah Kementerian tuan,
kecuali...............akan diminta secara langsung oleh Jabatan
ini kepada agensi tersebut.
5. Bagi keseragaman dan memudahkan maklum balas daripada
pihak tuan, semua Lampiran tersebut telah disediakan dalam
bentuk MS Excel yang boleh pihak tuan capai (download)
di paparan utama laman web Jabatan ini iaitu
http://www.jpapencen.gov.my
6. Setelah selesai pihak tuan isikan semua data/lampiran
tersebut adalah dimohon pihak tuan dengan segera menghantar
softcopy data/lampiran tersebut ke Jabatan ini melalui tangan
atau e-mel kan ke
[email protected] atau
[email protected] atau
[email protected] selewat-lewatnya pada 15.2.2012 (Rabu).
7. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak tuan
boleh menghubungi pegawai Jabatan ini iaitu En. Ghazali b. Hizam di
talian 03-88854005 atau En. Zahrollail b. Zainal di talian
03-88854128 atau Pn. Nur Hanani bt. Muhammad di talian 03-88854844.
Sekian, atas kerjasama tuan diucapkan terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
T.T
(DATO’ YEOW CHIN KIONG)
Pengarah
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
MALAYSIA
|