1. |
Antara
kandungan ucapan Y.A.B Perdana Menteri mengenai dasar baru persaraan dan
pencen :
-
“... kerajaan telah memutuskan untuk meningkatkan umur
persaraan daripada 56 tahun kepada 58 tahun berkuatkuasa
mulai 1 Julai 2008...";
-
”Mengenai pencen
terbitan, pada masa ini salah satu syarat pencen
terbitan yang dibayar kepada ahli keluarga gemulah ialah
kadarnya akan disusut 70% selepas 12 ½ tahun dari tarikh
persaraan atau kematian dalam perkhidmatan anggota
sektor awam. Berdasarkan kajian terperinci, bagi
keluarga yang mempunyai anak kecil semasa kematian
gemulah, syarat ini agak membebankan dari segi kewangan.
Untuk mengurangkan beban ini, kerajaan telah
bersetuju untuk menghapuskan syarat penyusutan pencen
terbitan ini mulai 1 Januari 2009.
Ini bermakna pencen terbitan ini akan dibayar 100%
kepada ahli keluarga gemulah.
-
”... kerajaan
bersetuju untuk menghitung pencen mengikut formula
berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30
tahun bagi semua pesara dan penerima pencen berkuatkuasa
1 Januari 2009. Sebelum
ini, pencen pegawai perkhidmatan awam dihitung dengan
mengambilkira tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 25
tahun. Dasar baru ini juga meliputi persaraan dan
kematian dalam perkhidmatan sebelum tarikh kuatkuasa.
Walau bagaimanapun kadar pencen yang dihitung semula
akan dibayar mulai 1 Januari 2009 tanpa bayaran
tunggakan.”; dan
-
”Buat ibu atau bapa
pegawai yang meninggal dunia tanpa meninggalkan waris
akan dibayar pemberian sekali atau ex-gratia dan bukan
pencen terbitan mulai 1 Januari
2009.”
|
2. |
Sebelum ini kerajaan telah bersetuju memansuhkan syarat pemastautinan di Malaysia
bagi pemberian pencen terbitan melebihi 12 ½ tahun dan
penyelarasan pencen berkuatkuasa mulai
Januari
2008 |
|
|
|
|
|
HURAIAN
|
I. |
Umur persaraan wajib
anggota sektor awam dilanjutkan daripada 56 tahun kepada 58
tahun :
-
Tidak
dilaksanakan secara automatik sebaliknya tertakluk
kepada opsyen yang akan dibuat oleh setiap individu yang
sedang berkhidmat. Dilaksanakan sebagai syarat
perkhidmatan kepada anggota yang sedang dilantik mulai
1 Julai 2008.
-
Opsyen turut
diberikan kepada mereka yang telah memilih kekal
bersara wajib apabila mencapai umur lima puluh lima (55)
tahun mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3
tahun 2001.
-
Opsyen juga akan
diberi kepada mereka yang telah memilih Skim Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja.
-
Seseorang pegawai yang
sepatutnya bersara wajib kerana mencapai
umur 56 tahun pada 1 Julai
2008 (iaitu tarikh kelahirannya ialah 1 Julai 1952)
akan diberi opsyen untuk berkhidmat sehingga beliau bersara wajib
apabila mencapai umur 58 tahun (iaitu pada 1.7.2010). Ini adalah
kerana pada 1 Julai 2008 (iaitu tarikh kuat kuasa dasar baru
persaraan wajib apabila mencapai umur 58 tahun), semua pegawai
yang belum mencapai umur 58 tahun pada tarikh itu (termasuk pegawai
yang mencapai umur 56 tahun pada tarikh itu)
boleh terus berkhidmat
sehingga persaraan apabila mencapai umur 58 tahun sekiranya beliau
memilih untuk berbuat demikian. Sebaliknya, seseorang pegawai yang
mencapai umur 56 pada 30 Jun 2008 atau sebelumnya
(iaitu yang telah dilahirkan pada 30.6.1952 atau sebelumnya)
TIDAK diberi opsyen berkenaan dan hendaklah bersara wajib apabila
mencapai umur 56 tahun kerana beliau tidak sempat diliputi oleh
dasar baru yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2008.
-
Anggota yang akan
bersara pada atau selepas 1 Julai 2008 dan telah
menerima Kad Pesara dan Surat Kelulusan Faedah Persaraan
sebelum ini, bayaran faedah persaraan akan ditangguh
sehingga Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan
Perkhidmatan Awam menerima maklumbalas mengenai opsyen
pilihan umur persaraan wajib yang akan dibuat oleh
anggota berkenaan.
-
Tawaran pelantikan secara kontrak
selepas persaraan kepada anggota yang tidak memilih
untuk bersara wajib pada umur lima puluh lapan (58)
tahun adalah tertakluk kepada budi bicara pihak berkuasa
melantik
|
II. |
Menghitung pencen
mengikut formula berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga
maksimum 30 tahun.
-
Formula pengiraan
pencen berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga maksimum
30 tahun merangkumi juga mereka yang telah bersara
sebelum 1 Julai 2008 dan kadar baru hanya akan dibayar
pada 1 Januari 2009 tanpa tunggakan.
-
Dasar baru ini tidak
memberi kesan kepada mereka yang mempunyai tempoh
perkhidmatan yang boleh dimasukira tiga ratus
(300) bulan atau kurang.
-
Contoh 1 :
Pegawai mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh
dimasukira selama 365 bulan dengan gaji akhir
sebanyak RM2000.00
Pencen pada 31.12.2008 |
Pencen mulai 1.1.2009 |
300 bulan/600 x RM2000.00
= RM1000.00 sebulan
|
360
bulan/600 x RM2000.00
=
RM1200.00 sebulan |
(*) Pegawai yang mempunyai tempoh
perkhidmatan yang boleh dimasukira selama 300 bulan atau
lebih akan menerima tambahan 20% daripada pencen yang
dihitung mengikut dasar lama.
Pencen pada 31.12.2008 |
Pencen mulai 1.1.2009 |
300 bulan /600 x RM2000.00
= RM1000.00 sebulan
|
322 bulan/600 x RM2000.00
=
RM1073.33 sebulan |
|
III. |
Pencen terbitan akan
dibayar 100 peratus kepada ahli keluarga gemulah mulai
tarikh tersebut.
Pencen Terbitan sebelum
susut |
Pencen Terbitan Selepas 12 ½
tahun (susut menjadi 70%) |
Pencen Terbitan mulai 1
Januari 2009 |
290 bulan / 600 x RM2000.00
= RM966.66 sebulan |
290 bulan / 600 x RM2000.00 x
70%
= RM676.66
sebulan |
290
bulan / 600 x RM2000.00 x
100%
= RM966.66
sebulan |
-
Contoh 4 :
Pegawai B mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh
dimasukira selama
375 bulan. Gaji terkahir bersamaan pada 1 Julai
2007 ialah RM2000.00. Kini setelah 17 tahun beliau
meninggal dunia, berapakah kadar baru pencen terbitan
yang akan diterima oleh balu pada 1 Januari 2009?
(*) Kesan dasar baru menghitung pencen
mengikut formula berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga
maksimum 30 tahun dan pembayaran pencen 100% seumur
hidup
Pencen Terbitan sebelum
susut |
Pencen Terbitan Selepas 12 ½
tahun (susut menjadi 70%) |
Pencen Terbitan mulai 1
Januari 2009 |
300 bulan / 600 x RM2000.00
= RM1000.00 sebulan |
300 bulan / 600 x RM2000.00 x
70%
= RM700.00 sebulan |
360
bulan / 600 x RM2000.00 x
100%
= RM1200.00
sebulan |
|
IV. |
Ibu atau bapa pegawai
yang meninggal dunia tanpa meninggalkan waris akan dibayar
pemberian sekali gus atau ex-gratia dan bukan pencen
terbitan mulai 1 Januari 2009.
|