Pesara / penerima pencen yang memenuhi kriteria yang
telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) layak
dipertimbangkan bantuan kewangan daripada pihak JKM . Antaranya
yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM720.00 sebulan
layak untuk dipertimbangkan bantuan tersebut.
Pemohon-pemohon boleh menghubungi pegawai JKM daerah
atau yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (seperti
di Lampiran) bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai
kriteria permohonan bantuan tersebut.
Semua pertimbangan dan urusan kelulusan adalah di
bawah tanggungjawab JKM.
Bagi mendapatkan penyata pencen bagi tujuan
pembuktian (sekiranya diminta) Pesara / penerima pencen boleh
mencetak penyata pencen daripada link berikut
http://apps.jpapencen.gov.my/ .
Sekiranya tuan/puan memerlukan bantuan daripada Bahagian Pasca
Perkhidmatan, sila hubungi kami di talian : 03-8885 4906 / 03-8885
4475 / 03-8885 4477 / 03-8885 4478
Atau boleh terus menghubungi
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Level 6, 9-18,
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Tel : +603-8323 1000
Faks: +603-8323 2045
Keratan Akhbar Berkaitan
pengumumuan tersebut
- keratan 1
- keratan 2
|